Murai Batu juga terkejut apabila mendengar daripada rakan media Murai Batu sendiri yang mengatakan Acha pernah menolak tawaran berlakon tersebut kerana sibuk dengan pengajiannnya di Lim Kok Wing Malaysia ketika itu.
Namun, Murai Batu diberitahu Acha nampaknya agak menyesal apabila tidak menerima tawaran tersebut selepas mendapat tahu filem Ombak Rindu kini sedang meletup dan mendapat sambutan ramai penonton di panggung.
Mana tidaknya, lima hari tayangan sahaja filem Ombak Rindu yang ditunjangi oleh pelakon Maya Karin dan Aaron Aziz itu berjaya mengutip sebanyak lebih RM5juta.
Sudahlah Acha, menyesal sekarang tiada gunanya lagi. Murai Batu nasihatkan agar selepas ini Acha perlu berani cuba berlakon dalam filem Malaysia pula.
Bagaimanapun, kalau benar Acha ditawarkan berlakon dalam Ombak Rindu, watak apa pula yang sesuai dengannya ya? Sudah tentu Acha pekat berbahasa Indonesia . Tidak mungkin watak orang Malaysia akan diberikan. Murai Batu sendiri pun tak pasti.
Tapi Murai Batu rasa pasti filem Ombak Rindu akan lebih meletup jika menerima kehadiran Acha dalam filem ini. Yelah, secara tidak langsung dapat menarik penonton dari Indonesia juga untuk menyokong filem ini. Betul tak?
Apa-apa pun, Murai Batu mahu memuji seluruh produksi Ombak Rindu kerana berjaya menarik ramai penonton tempatan di panggung.
No comments:
Post a Comment